Kadang-kadang bila terlalu banyak benda berada dalam fikiran yang cuba untuk aku hamburkan dalam bentuk kata-kata selalunya akan berakhir dengan ruang kosong. Jika dulu menulis blog merupakan medium untuk aku kongsikan segala fiil dan karenah hidup tanpa perlu aku ambil pusing tentang persepsi sesiapapun.
Ramai juga yang tanya kenapa aku berhenti dari terus menempelkan watikah suci di benak terhasil dari cetusan minda kecil ini ke blog picisan ini terutamanya dia.
Amy mengajar aku banyak perkara. Jika dulu aku selalu gah dengan konsep 'aku selalu betul' dek ego yang tercetus dari hormon testosterone melampau kini dia banyak 'membuka' minda aku untuk melihat dan berfikir dalam acuan yang jauh berlainan serta berbeza.
Dalam 2,3 minggu ini kepala otak aku agak berserabut. Formula destruktif hasil dari 'persenyawaan' sikap suka memendam dan kerisauan melampau tentang perkara 'di depan yang tak pasti' membuatkan aku lalai dan sedikit terpesong dengan mengambil jalan mudah untuk lupakan masalah tersebut.
Berkongsi masalah itu bukan perkara mudah tetapi aku bersyukur kerana Amy selalu berada di sisi aku. Jika dulu hidup seakan kosong tanpa sebarang matlamat jelas dan jitu, dia hadir memberikan satu harapan besar aku. Kini aku dengan dia sudah hampir 3 tahun bersama. Impak dia terhadap aku takkan ada orang yang boleh faham melainkan aku sendiri yang mengalami transformasi agak besar - dari segi aku bergaul, cara berfikir, menguruskan hidup dan belajar bagaimana untuk menyayangi seseorang lebih dari kau sayang diri kau sendiri.
'Mengajar' maksud aku bukan bermakna seperti kau mengajar budak kecil mengira atau membuat aksi balik kuang tetapi ia lebih kepada membuka minda aku terhadap benda-benda yang selama ini aku anggap remeh. Aku bukan seorang romantik. Kadang-kadang aku kasihan melihat dia yang selalu kena ingatkan tindak-tanduk dan cara percakapan aku bagi memastikan hubungan kami bergerak di landasan yang sepatutnya.
Kami sedang bergerak ke landasan itu. Cuma kadang-kala 'perjalanan' itu terhenti akibat 'proses membaik pulih' yang memerlukan konsep kepercayaan secara menyeluruh.
Namun...
Aku dah buat dia sedih... Benda yang aku buat tanpa fikir panjang sebab tak nak dia risaukan keadaan aku tetapi sebenarnya ia telah menggadai kepercayaan dia terhadap aku.
Aku... tak sepatutnya fikir singkat macam tu... dan rampas sebahagian kepercayaan dia kepada aku...
Moronic act ni kadang-kadang berlaku sebab kita tak fikir panjang. Kita ambil jalan mudah untuk lepaskan beban yang sedang kita tanggung dan tak dikongsi bersama orang lain.
Bulan lepas merupakan bulan terakhir aku bertugas sebagai penulis dan wartawan bagi majalah di tempat aku digaji. Berkerja di situ merupakan 'perhentian' yang sangat selesa buat aku. Namun comfort zone yang selama ini aku raikan dengan penuh kenangan kerja lapangan yang best membuatkan aku tersentak apabila mendapat tahu majalah tersebut terpaksa dihentikan pengeluarannya di atas sebab-sebab kewangan.
Retrenchment. Notis 2 minggu. Tak gila dibuatnya aku. Sekarang bukan masa sesuai untuk aku berdepan dengan benda-benda tak best macam ni. Terlalu banyak perancangan yang aku senarai panjangkan dan memikirkan perancangan itu aku terus jadi serabut.
Tapi...
Amy selalu berada di sisi. Sokmo...
She never fails to do that.
13/06/2011
1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



11 Komen:
dude, kau berhenti Utopia?
Utopia diberhentikan?
menganga kejap aku..
habis kau kerja mana sekarang?
yerp, utopia dah berkubur
sekarang misi cari kerja baru...
Sweetla pjoe. :)
Jangan hilang lagi tau.
Pernah merasa jugak pengalaman itu. Huhu.
Pjoe, tulis novel cepat! :p
kau kat kl ke? jom minum.
be strong bro, asalkan ada awek yang setia, ok.
dia didatangkan seperti angel.
dugaan yang datang pun boleh tabah sokmo. walaupun entri ini agak melankolik, aku happy bila baca part Amy dan korang berdua. steady bru~
Semoga korang forever!
bro, ko ada graphic x? aku len ejas masuk comp abg aku kalu nak?
selamanya.
Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia
Catat Ulasan