16/05/2010

Perlu Atau Tidak

Kalau difikirkan... memang sudah banyak beban yang sudah diangkat. Dari yang wujud secara zahir atau halus semuanya terpateri dengan begitu ulung. Jari sudah kehabisan tatkala cuba mengira detik-detik untuk paru-paru ini menghirup udara segar untuk terus berjalan di hamparan bumi serba luas.


Kalau penat aku berhenti. Toleh kanan dan kiri memerhatikan sekalian anak Adam dan Hawa. Banyak fiil dan karenah aku saksikan. Senyum, tawa, murung, sedih dan kosong. Melihat mereka secara automatik akan memantulkan refleks imej yang hampir sama gayanya.

Kita manusia tidak banyak beza. Banyak benda yang kita senarai panjangkan sebagai keperluan.

Keperluan?

Yang jenis macam mana? Yang dapat memuaskan kehendak hati?

Pernah kita tanya keperluan itu satu kemestian dalam hidup atau tak? Pernah?

Yang kita persoalkan hanyalah kenapa aku tak ada itu... tak ada ini... mahu ke situ... mahu ke sini....

Pernah kita toleh belakang melihat mereka yang tersungkur dalam menghabiskan sisa hidup? Pernah?

Jasad kita ini hanyalah pinjaman semata. Ada kita fikir benda itu dalam seharian dok bergelumang dalam aktiviti harian. Apa kita perjuangkan... apa yang kita laungkan. Pernah kita ambil kisah tentang itu.

Persetankanlah.

Janji kita happy. Bak kata modenis semua.

Hampeh.

7 Komen:

Anne M. berkata...

hidup neh pendek je kan?

tengku_fir21 berkata...

hidup ini kembara bersyukur dengan apa kita ada tapi tidak bermakna kita berpuas hati kerana kita perlu senantiasa utk hijrah

misikemarikh berkata...

"hidup" kah hidup kita? peh... gile falsafah habes aku kan? best kan aku? best kan?

yaya. berkata...

like :D

dada berkata...

like

gadisan berkata...

jika kau bosan. tukar saja siarannya.
hingga tiada channel lg boleh dipilih. itu bermakna elektriknya sudah putus.

*kau ngerti? jika tidak, abai saja.

ctek8 berkata...

yak boktey..kne refresh balik tujuan kite hidup kat dunia utk aper.. :)