12/04/2010

Entri Tak Berapa Pening Sangat

Sibuk. Betul. Dalam semenjak dua ni memang aku sangat sibuk dengan tugasan di kantor mahupun di luar. Event, konsert, PC dan segala macam majlis perasmian melibatkan bidang kerja menyesakkan kalendar dan diari hidup. Tapi aku rasa itu tanggungjawab yang perlu aku galas dan laksanakan dengan sebaik mungkin.

Dengan kawan-kawan pula sangat jarang berjumpa. Aku agak, mereka boleh faham dengan kesibukan yang aku hadap hari demi hari. Menulis dalam blog pun semacam kering idea. Macam span yang habis kena perah. Mungkin itu kondisi benih-benih otak yang satu ketika dulu bercambah seperti cendawan. Kalau dulu, dalam sebulan sekurang-kurangnya ada 10 entri. Dari perihal bukan-bukan, fantasi hinggalah subjek yang mengunjur ke arah perasaan tak puas hati aku sebagai seorang anak Adam terhadap kaum tanpa halkum.

Semalam pergi potong rambut di The Curve. Satu ketika dulu berambut panjang nak sampai ke pinggang. Nak sampai, tapi tak sampai pinggang pun. Sekarang sayik bergaya dengan rambut pendek. Amoi kedai gunting tu cakap, aku tak boleh berambut pendek sangat. Nanti nampak lagi kurus. Tapi hasilnya pendek juga. Sebab aku rimas.

Kalau rambut dah betul-betul panjang tak apa. Kondisi rambut yang tak berapa nak panjang ni memang buruk sekali rupanya. Serba tak kena hendak di-stailo-kan dengan keadaan. Kena pulak pakai helmet semasa naik skuter. Jadi macam mencanak semacam saja yang bahagian belakang. Macam mullet. Gila buruk. Kalau trim buat ekor - lepak depan dataran. Fuh!

Seumur hidup, aku tak pernah cukur rambut sampai botak. Dan benda itu mungkin sampai mati pun aku tak akan buat melainkan ianya gugur sendiri. Uban pun dah semakin galak mengumpulkan umatnya di atas kepala aku. Ya, itu petanda jelas. Yang umur kita atau secara khasnya umur aku bukan semakin kecil nilainya.

Dalam tempoh 3 tahun blog ni wujud, ramai manusia yang sempat aku kenal. Dalam temppoh itu juga macam-macam benda yang berlaku. Ada yang dah kahwin, beranak dan tak kurang juga yang menjadi semakin popular. Kawan yang kita kenal dalam blog ni dia ada dimensi uniknya tersendiri. Susah aku nak cakap macam mana tapi kita tahu, benda itu lain dari 'tali' yang kita ikat dengan tatacara normal. 'Tali' yang kita ikat dengan perkataan memang unik. Dari situ mungkin kita ada rasa curious meninggi untuk kenal si polan itu dengan lebih dekat.

Tapi satu benda yang selalu kita lupa. Fantasi atau tanggapan minda sendiri kadangkala pantulannya akan menyerong beberapa darjah. Cuma terpulang kepada kita untuk digest benda itu sebaiknya sebab kita manusia ni ada kelemahannya sendiri. Kelebihan tu mungkin sengaja kita semua serlahkan. Tapi kekurangan, bagi aku tiada siapa yang hendak letak di muka surat pertama.

Jadi bila baca, jangan buat kesimpulan lebih awal. Rumus sebaik mungkin. Dan senarai pendekkan poin-poin penting. Sebab kadang-kadang the fucking small details itulah yang memberi maksud jati diri seseorang pada skala benar menghampiri nilai 100 peratus.

Dah pening bukan?

9 Komen:

anas afrohead berkata...

aku setuju dengan perenggan terakhir.

eMi mLi @ Fazl berkata...

Dah lama tak komen kat sini. Tunggu majalah info-nomik Nancy Drew #4 Mei nanti! :p

artisticklytouch berkata...

gua caya sama lu brader!!!

yaya. berkata...

tak pening pon. haha. tapi perenggan last TERBAIK la derr :D

yaya. berkata...

tak pening pon. haha. tapi perenggan last TERBAIK la derr :D

faheza yusof berkata...

pening dh...tdi x pening..nk komen jer jdi pening..

Akif Mazlan berkata...

agak fenim laa,, huhu

twinscraftlife berkata...

Hi! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com/

Koishie berkata...

dan aku bersetuju dengan kamu..