Sudah setahun aku dengan si sepet. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar juga blog ini sudah hampir berusia 3 tahun. Aku kena akui, blog ni juga banyak memberi contengan dan warna kepada corak abstrak yang makin banyak jalurnya merentasi kalendar hidup anak jantan yang umurnya dah layak menjadi ayah orang.
Banyak. Banyak sangat. The good. The bad. Kawan-kawan bertambah. Musuh? Aku harap tak ada la kot.
Oh... si sepet juga jumpa aku melalui blog ni. Jadi aku rasa, aku 'berhutang' jugalah dengan blog ni. Kalau dia ada perasaan mesti dia dah merajuk sebab semakin hari aku dah jarang sangat pedulikan dia. Jarang sangat aku log in. Nak update? Jauh sekali.
Blog ni bagi aku macam kawan baik yang kau tak sedar dia selama ni banyak mendengar keluh kesah hidup aku. Apa yang aku tak puas hati. Tempat melontarkan idea. Bila aku gembira, dia jugalah yang menjadi saksi. Bila kecewa, dia jugalah tempat aku mengadu. Ini aku bercakap tentang blog aku - bukan tentang maksud blog itu secara harfiahnya, okey?
Fiil manusia ni bila dah senang dia mudah lupa. Bukan tak ingat tapi lupa.
Aku Benci Makanan Pedas akan sentiasa menjadi sesuatu 'istimewa' dalam hidup aku sampai mati.
Kejap... ruang atmosfera hidup aku bukan berlegar di ruang litup laman sesawang saja. Blog ni hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari diri aku.
Dah, aku nak makan goreng pisang.
p/s - saya sayang blog saya! Ngeeee!
12/02/2010
Masih Benci Makanan Pedas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



12 Komen:
Oh yeay, selamat ulang tahun utk Aku Benci Makanan Pedas! :p
tapi bang, aku suka makanan pedas!
Saya suka blog saya jugak, walaupun tulisan di blog saya macam bodoh!
hehee kena sebut Kejap... ruang atmosfera hidup aku bukan berlegar di ruang litup laman sesawang saja. Blog ni hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari diri aku.
saya paham itu!
dan selamat berjaya dengan hidup dan miss sepet :)
bertambbah kawan best, tambah musuh tak best,
sedapnya makanan pedas....nyam nyam!
nak jugak goreng pisang :D
kemana saja hang ni pjoe..
(koya dialog zaman p ramlee
pelik bila hati riang kita jd mcm malas nak menulis . mcm abaikan seketika.
adakah blog hanya utk mereka2 yg resah?
yahh , blog adalah kawan baik kita tanpa kita sedar . kawan yang tidak pernah merungut tapi hanya mendengar .
>> blog ini bagi aku macam kawan baik blablabla
Hoh, jadi janganlah dengan blog kita pun kita nak hipokrit, bajet, kontrol cun, kan? Hesh saya baru sedar perkara ni, dan tulisan awak yang sedarkan saya, adoi fuyoh, thanks man, kudos.
makan pisang goreng ~pembetulan
Catat Ulasan