Dulu semasa aku darjah empat aku pernah memilki sepasang but bola jenama Aliph. Seingat aku, aku beli but itu dengan duit hasil simpanan tabung gajah putih BSN berjumlah 40 ringgit. Ketika itu, nilai wang sebanyak itu mungkin mempunyai perkadaran sama seperti 100 ringgit sekarang. Mungkin. Aku hanya reka teori begitu hasil daripada pemerhatian mata helang milik aku.
Masa tu aku sangat sayang pada but bola aku nan satu itu. Di tapaknya dipenuhi dengan 'duri berbisa' sejumlah 12 biji. Bermain di posisi sayap kiri memang memerlukan daya pecutan yang tinggi. Dulu, aku bukannya laju sangat berlari. Setakat dapat pingat gangsa untuk 400 meter bagi sukan tahunan sekolah pun susah bisa buat aku kembang hidung. Tapi, cikgu suruh aku main di posisi itu dengan alasan badan aku kecil dan mampu menyelinap di antara jasad-jasad pihak musuh.
Begitu bersungguh-sungguh cikgu aku yang tak suka minum teh dengan gula ataupun susu tu memberikan penerangan terperinci kepada aku.
3 bulan. Itu tempoh yang aku dakap. Tempoh di mana aku dilamun mimpi indah bersamma but bola jenama Aliph. Kasut yang aku gilap hari-hari dikebas orang. Bayangkan betapa sedihnya aku sebagai seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kehilangan satu-satunya hartanya yang bernilai. Gila sedih, kan?
Sekarang, aku tengah sayang satu objek. Cop, dia bukan objek. Dia makhluk. Cop, dia bukan sebarang makhluk, dia adalah manusia. Cop, dia tu jantinanya tidak memiliki dada yang rata mahupun suara yang garau. Dia, apa orang gelar datang dari kaum, "Hawa".
Aku tak nak hilang kau seperti mana aku hilang but bola jenama Aliph aku tu, faham tak?
2009 Jul 4
Kononnya Metafora But Bola Jenama Aliph
Ditulis oleh:
pjoe
Lebih kurang jam
00:40
Label: Entah Apa-Apa, Jurnal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


20 Komen:
Larh.
Ada mesej lain rupanya.
Gila cool :D
camna pertemuan dgn bakal?ok ke?
comel..
ah!
jiwang
heheh
:D
semoga berbahagia
:D
sweet!
kes berat nie...!
tapi klu bukan utk kita 'ia' akan pergi jgk
emm..rm100 boleh dapatkan dia tak?
pjoe semakin comel!
;)
amin untuk kwn
hahahaha.
susah syg sesuatu ni kan.
perasaan takut kehilangan tu memang akan wujud.
dalam bai,
haaaaaaaa.
jiwa jiwa satu hati..
kat itm aku masih lagi tayang aliph sebiji mcm liza abdullah dlm jejaka perasan.
ada yang putih gak
congr8 bro.
t nk nek plmin jmpot2 la ek..
da terbau nsik mnyak da ni..
:)
congr8 bro.
t nk nek plmin jmpot2 la ek..
da terbau nsik mnyak da ni..
:)
so sweet...talker...hahaha..
so ape cer mjlis merisik...?
eh..ke bertunang dah...?ngeee..
Aku tak nak hilang kau seperti mana aku hilang but bola jenama Aliph aku tu, faham tak?
comel sangat....
pjoe sangat kool..
doakan yang pjoe tetap bersama makcik sepet hingga ke akhir hayat..
itu sayang namanya. ngee...
fuh... lame siot aku x melawat blog ko wahai kawan...
u must very love her..
Catat Ulasan