Sejak 3,4 bulan kebelakangan ini, aku sudah jarang menjenguk ke blog yang biasa aku tatap. Apatah lagi untuk meninggalkan komen-komen penuh bernas dari minda berkarat jantan berusia 29 tahun ini.
Orang cakap (mungkin aku saja yang cakap), manusia akan punya banyak benih-benih idea bila hatinya tidak senang. Atau bila hatinya sedang berduka durja. Senang cerita, ketika jasad berada dalam keadaan serba murung. Tak faham lagi?
Pernah dengar perkataan, depressed? Ya, perkataan depresi setahu aku tidak wujud dalam kamus dewan. Banyak sekarang aku perhatikan anak-anak muda mahupun tua ganyut suka 'me-Melayu-kan' perkataan dari Bahasa Inggeris.
Ya, kebebasan menulis itu tiada sempadan yang jelas untuk mata kasar kita lihat. Entahlah, aku rasa, Kamus Dewan yang tebal gila itupun belum habis perkataannya untuk kita guna. Perlukah kita melakukan evolusi bahasa untuk kelihatan lebih 'menarik'?
Menarik?
Entah, terpulang kepada individu dan pendapat masing-masing. Bila bersajak, kita cenderung memilih seleksi perkataan-perkataan yang agak jarang digunapakai. Mungkin itu tindakan luar kawal yang diperintahkan oleh otak supaya hasil taipan kita akan kedengaran lebih berseni barangkali.
Tadi, semasa makan bersama Ely dan makcik sepet, aku ada berdiskusi ringkas tentang hal ini dengan mereka. Kata Ely, "menulis itu bukan indah pada bahasanya sahaja, tapi idea..."
Benar juga kata jantan yang tengah hangat bercinta dengan budak sekolah tu. Bagi aku, menggunakan bahasa pasar adalah lebih baik daripada melacurkan bahasa ibunda kita sendiri. Lacur?
Tepatkah penggunaan perkataan itu?
Apa konklusi kamu?
*dulu aku ingat perkataan konklusi ini tidak wujud dalam Kamus Dewan. Nyata aku sudah menyimpang. DBP sekarang lebih urban barangkali.

p/s/s - depresi itu maksudnya - keadaan ekonomi yang meleset (apabila penghasilan, perniagaan, perdagangan, dsb berada di paras kegiatan yang rendah) kemerosotan ekonomi.


20 Komen:
nyata anda ulat buku :)
kamus dewan peneman aku di waktu sekolah. sanggup merenggek dekat mama mahukan kamus yang tebal itu. :p
telur yang belur!
agak2 buku dwn bahasa tuh da habis khatam belum ?
diskusi ada dalam dbp?
wahhh!!!
kamu ley ganti a. samad said laa
blog aku pun dah selow..kau tahu kenapa kan?ahaha
aku setuju sangat!
dh byk perkataan Inggeris yg dh diMelayukan... konon tak nak merosakkan bahasa tp pinjam bahasa omputeh tu bole plak... tak paham kawe! Ahak...
j or ji
ada!
j or ji
ada!
teringat pasal PPSMI
konklusi=akhir kata=kesimpulan.
depresi bukankah di alihbahasa dari perkataaan inggeris "depressed" yg bermaksud murung..?
ceh baru 29tahun!
btw, sudah call itu opis. nanti call lain. :D
bukan bhs malaysia shj yg mengalami kegawatan bhs sebegini hal ini pun telah terjd kpd bhs indo ( setakat yg ak tau)... tp mmg dr dahulu bhs malaysia telah mengalami hibrida dimana terjadi persilangan ant bhs melayu dan bhs lain. menurut pembacaan ak dr dulu lg byk bhs malaysia asal nya dr bhs lain...umpama rakyat malaysia yg mmg asli nya x ada yg betul2 rakyat malaysia hampir semua nya asal nenek moyang msg2 dr negara lain2 spt indo, india, china etc.
tindakan hibrida ini sebenar nya mungkin terjadi akibat tindakan luar kawal bwh sadar manusia
* 'depresi' tu penurunan... bisa guna merujuk kpd ekonomi, jiwa etc. sah2 aja kata depresi tu merujuk kpd byk perkara asal benar penggunaan nya
bukan bhs malaysia shj yg mengalami kegawatan bhs sebegini hal ini pun telah terjd kpd bhs indo ( setakat yg ak tau)... tp mmg dr dahulu bhs malaysia telah mengalami hibrida dimana terjadi persilangan ant bhs melayu dan bhs lain. menurut pembacaan ak dr dulu lg byk bhs malaysia asal nya dr bhs lain...umpama rakyat malaysia yg mmg asli nya x ada yg betul2 rakyat malaysia hampir semua nya asal nenek moyang msg2 dr negara lain2 spt indo, india, china etc.
tindakan hibrida ini sebenar nya mungkin terjadi akibat tindakan luar kawal bwh sadar manusia
* 'depresi' tu penurunan... bisa guna merujuk kpd ekonomi, jiwa etc. sah2 aja kata depresi tu merujuk kpd byk perkara asal benar penggunaan nya
there you go
itu konklusi kamu kan?
:)
wei..skrip citer klise tuh takde sambung ke..sambung la..plis plis ..ke ko da sambung tp aku tak jumpe...hehe
yup, konon nak martabatkan sangat bahasa melayu, tapi sndiri pun miskin. sampai cedok bahasa inggeris dan di-melayukan. hampeh. sungguh hampeh.
kurang berkenan perkataan 'sion' atau 'tion' yang disikan atau apa je la perkataan cetak rompak kecuali yang memang dari azali takde terjemahan sesuai.bila ada perkataan asli melayu kenapa masih nak guna yang cedok?contoh:konklusi kan boleh je cakap kesimpulan.pasal puisi sajak-sajak pun rasanya lagi indah kalau guna perkataan biasa yang memang asli perkataan melayu daripada cedok perkataan omputih nak nampak gempak padahal isi puisinya takde ke mana pun harap perkataan je yang lebih.
Catat Ulasan