Aku nak umumkan pemenang Gambar WTF?!
Tempat pertama, kedua dan ketiga. Tapi budak rumah ni ajak aku pergi ke Havana kat KL pulak.. ada gig barangkali.
Nanti aku balik aku umumkan...
Nantikan debarannya...
Macam Akademi Fantasia tak?
Sementara tu layan entri perihal pengalaman BMX aku, Ely dan Nasir di sini - juga entry birthdayboy si Nasir. Tepat 12 malam ni birthday dia. Pi wish cepat!
Tungguuuuuuuu
[updated]
Secara jujur aku katakan, cabaran yang aku buat ni adalah untuk suka-suka sahaja. Dan aku juga ambil risiko dengan membuat cabaran ini kepada kamu semua yang terlibat. Yelah, kalau kena ignore, tak ke malu aku. Kan?
Setelah tengok segala komen dan vote dari blog aku dan blog para manusia yang dicabar oleh aku.. dengan ini aku menggunakan kuasa Veto yang dimiliki secara total oleh aku untuk umumkan pemenang cabaran gambar yang paling WTF?! dalam cabaran ini.
Tempat pertama, tak lain tak bukan sahabat aku sendiri, si birthday boy Nasir dengan gambar di bawah. Mungkin ini hadiah harijadi dia yang terbaik pernah dia dapat.
Rasa annoying tak tengok gambar di atas? Kalau ya, maka si jantan di atas ni telah berjaya menyampaikan mesej tersirat di sebalik gambar kulum jari. Tak ramai jantan yang berani post gambar seperti di atas di blog mereka, kan? Walaupun dengan gambar paling buruk yang Nasir pernah ambil, dia telah berjaya mengumpul himpunan fanbase yang baru. Tak percaya? Cuba tengok chat box dalam blog dia. Pewitt! BACA: Peminat perempuan. Jadi, siapa kata dengan gambar comel saja kamu semua boleh menarik perhatian kaum hawa? Haha. Nasir sudah buktikan!
Tempat kedua, seorang yang sudah mempunyai nama gah dalam industri fotografi negara kita, Sue Anna Joe.
Agak lama juga aku menantikan gambar dari Anna dan nyata expectation yang aku letakkan amat tidak menghampakan aku dan kamu semua. Kalau bukan kerana gambar Nasir yang cukup jijik tu, sudah pasti mahkota Gambar WTF?! kali ini menjadi milik saudari Anna. Gambar di atas sudah cukup sebagai bukti yang dia seorang yang sentiasa berfikiran di luar kotak (outside the box. *direct translation <-- gaya Hanis Zalikha). Gambar tengah 'menyahtinjakan' toksik dalam badan sambil membaca majalah - dengan reaksi terkejut WTF?! sangat menjadi. Aku tak reti nak komen tentang teori teknikal fotografi gambar di atas, tapi bila pertama kali tengok gambar ni, aku gelak. Rasa macam, WTF?! Mesejnya berjaya.
Dan pemenang tempat ketiga, si Marzuki yang fetish dengan karakter comel dari siri wonderpets.
Ini adalah satu-satunya gambar yang bergerak-gerak. Canggih! Format gambar GIF kot? Aku tak reti bab grafik. Abaikan. Mula-mula aku tengok gambar ni, aku tak perasan yang itu peha dia. Aku ingatkan itu dahan kayu yang terjulur keluar dari dalam bilik dia. Kredit sebab ada letak nama aku. *terima kasih nyah! Glamor aku! Haha!
Ini juga merupakan salah satu contoh - gambar yang sifatnya macam haram dan mampu memikat golongan hawa untuk rasa debaran kencang bila tengok gambar ini. Mungkin juga ada golongan Adam yang turut turun naik nafsnya bila tengok peha yang tak berapa nak gebu tu. Apa-apa pun, si Marzuki berjaya buat aku rasa menyampah dan seterusnya sumpah seranah WTF?!
Kepada yang ambil bahagian dalam cabaran ni, terima kasihyang tak terhingga aku ucapkan kerana layan karenah aku. Aku tabik, kamu semua memang berani! Aku rasa semua orang happy dengan cabaran yang tiba-tiba menerjah dalam kepala otak aku ni. Seperti yang aku cakap sebelum ni, tiada niat terselindung di sebalik cabaran ini.
Kepada yang tidak senang dengan apa yang aku buat, aku nak pesan - kalau menyampah tengok gambar kami, tak payah bukak. Senang cerita. Bukan aku ada sepak kepala bapak kau pun, kan sayang?!
Rujuk entri ini untuk dapatkan link gambar semua manusia yang terima cabaran aku.
Bak kata wonderpets kegilaan Marzuki dan Gdsjht, "Apa yang penting? Kerjasama!"
Kurangkan kebencian, marilah menuju ke arah WTF?!-an dengan hati yang gembira. Adios!
p/s - kepada Anna dan Marzuki, sila emel alamat kepada aku. Ada novel grafik daripada tempat aku kerja yang menanti kamu berdua. Nasir, aku boleh bagi kau bila-bila masa.
2008 Okt 24
Pemenang Gambar WTF?! (Kemaskini)
Ditulis oleh:
pjoe
Lebih kurang jam
02:12
Label: Dunia, Entah Apa-Apa, Jurnal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


36 Komen:
kalo baru nak join, blh?
syg pjoe, muach.... (rasuah)
ketuk karang.
huh.
cilakak!
undian dah tutup betlum ni wei?
ceh...bOley lak die srh tunggu!!
bg awek saya menang boleh?
plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
ahhahahahah
ciss entri yang potong stim!
bagus pjoe..ko degr ckp aku!! aku ngn nasir takder pape ok!
kimek aku kalah~ (isap jari)
hehe...sy sokong dgn kemenangan ini..hahaha ;))
wtf btullah!
aku nak jugak novel grafik tu!
keputusan yg hebat! aku suka.
sue anna joe tu patut berkongsi kedudukan di tmpt pertama..HAHA
anasir : fak ah mamat tuh..tu mesti nak cari publisiti murahan..kalau aku, jangan harap la aku nak buat muka macam tuh!
sueannajoe : anda sangat berani berposing dalam keadaan mengqadha hajat..hajat yang berapa lama tak di qadha tuh? nasib baik kelemahan alam cyber ni tak ada bau..
marzuki : sangat kreatif! aku teruja melihatnya..aku rasa masa ni dia sebut, apa yang penting? Kerjasama!
hunga hunga hunga...ya ini namanya kronisme..mesti ada unsur unsur berat sebelah....hahahhaha...
*hanya sekadar gurauan...setuju sangat nasir dinobatkan sebagai 1st memang ,sebagai prezen dio...dio pun dah lama xmerasa gigitan manja di telinga.hahaha
hahhaa.memang layak la anasir dpt award tu.
kirim salam dekat juare WTF.
first impression bile tgk pix tu,
aku rase mcm na jolok lobang hidung.
ngko memang ada aura seletbriti la..
setakat mawi tu, memang tak buleh jejak ngko punya ranking sikit hari lagi.
percayalah.
sume mmg wtf.
nasir: yeh! dia mmg patut menang. mmg wtf la gamba dia. takbleh blah.
cik sue: sama wtf gak. huh!
marzuki: wtf tunjuk peha gebu.
hahahaha...
ada cabaran lain tak?
aku dah teruja nih
~ yg gambar Sue Anna tuh memang respect habis la. menjadik seyh... ~
hahaha thanx pjoe..even aku start baca pasal cabaran ni kira dh ramai yang join,cabaran nie memang buat aku ketawak ketawek sensorang..
WTF la kamu sumaa...hek3..nyanyi sket,"apa yg penting,kejeee samee!!!"
to razaisyam: u jangan gedikk! haha!
memang nasir patut menang hahahha! i guling2 tgk pic die. hahaha tahniah2
kalau nasir kerja dekat gay bar mesti laku kot?
nasir sexy. i like... **kenyit mata
umukan...
hahahahah :P~
-ami aka sputniksweetheart
ala. penyertaan dah tutup dah ke? ada buat 2nd intake tak?? kj nak join ah!!
KEPADA SEMUA
terima kasih!
nanti kalau aku dapat bonus 18 tahun aku belanja hangpa semua makan kat Mancongkam
tahniah!
:) hehehehe
pergh, memang gila WTF. rugi tak join!
wah, teruja i bila tengok nasir posing macam tu.
tahniah nasir.
hahahah gambar nasir itu sungguh menakutkan tapi memang wtf sungguh. memang layak menang
memang menjijikkan la gambar nasir. tapi cool weyh!
sampai terbawa ke dlm mimpi..
cayalah..
pemenang nombor satu tu memang aku rasa nak tumbuk gambar dia.
marzuki_jalil@yahoo.com (email aku)
nanti buat pertandingan lagi..best bestt..kali ni saye nak menang,,cewahhh
;p
Catat Ulasan