2009 Nov 5

Housemate Wanted atau Bilik Untuk Di Sewa

Sepatutnya aku dah tak perlu fikir masalah tentang nak cari penghuni bilik kosong satu lagi tu, sebab hari tu ada orang dah booking (dengan air liur). Cakap pung-pang, pung-pang 3,4 kali aku tanya, "confirm ke ni?" Dia jawab, "confirm bro, saya nak bilik tu."

Tapi bila nak masuk bulan November hari tu, dia buat senyap. Aku text pun tak balas, aku call pun dia tak angkat. Palaty betul manusia jenis ni. Kalau tak nak, cakap je tak nak, takde la menyusahkan aku.

Jadi, bagi sesiapa yang berminat hendak menyewa sebuah bilik yang sewanya RM150 sebulan di Pangsapuri Danau Pandan 1, Pandan Perdana, sila email aku di farizulizwany at gmail dot com.

Apartmen 3 bilik, 2 bilik air (satu tu kat master bedroom la). Bil air tiap-tiap bulan 6 ringgit je (kes meter rosak kot). Ada lif, tak payah nak mendaki. 10 minit ke Pusat Bandaraya. 5 minit ke Tesco Ampang. 2 minit ke Econsave. Kawasan tidak sesak dan privacy amatlah tinggi.

Kemasukan segera adalah amat dialu-alukan.

Tentang deposit, kita boleh bawa bincang.

Aku terdesak ni. Sangat.

2009 Nov 2

Bebelan Demam

Dalam masa dua, tiga bulan, ini sudah kali kedua aku demam. Demam bagi aku salah satu penyakit yang paling melecehkan. Badan akan sakit. Urat seolah berganti sifatnya menjadi 'kerawat' dan dawai tajam. Susah aku nak jelaskan macam mana, tapi aku yakin setiap manusia yang hidup pasti pernah kena demam.

Aku rasa, ni sebab kena hujan masa aku kena cover AAR di Bukit Jalil tempoh hari. Hujannya tak lebat, tapi kamu fahamlah. Hujan di KL ni bukan macam hujan di Gua Musang. Kulit kepala pun rasa macam kena hakis. Gila kotor alam sekitar kita sekarang. Dalam dok membebel pasal alam sekitar, aku pun tahu tak banyak yang aku buat untuk kurangkan pencemaran.

Tapi, at least aku cuba. Bila bayangkan masa depan anak-anak kita dan generasi kelak, aku hanya nampak kelam. Di era kita pun sudah banyak benda yang tak masuk akal dan tragik berlaku. Tak kiralah dari segi alam ataupun keadaan sosial masyarakat kita.

Bapak rogol anak. Anak tetak mak. Tetak budak kecik. Menyamar jadi orang jabatan agama kemudian rogol. Liwat budak umur 3 tahun. Bila baca berita jenayah jijik macam tu aku macam loya. Sesetengah orang cakap, "siapa kita nak judge mereka..." Well fuck you! Kau tahu tak budak tu tak reti nak fikir sendiri. Binatang ke apa kau ni?!

Orang jadi makin ignorance. Tahap pemikiran pun kadang-kadang cecah di kepala lutut je. Kepercayaan antara satu sama lain memang sangat tipis. Yelah, kita hari-hari dok hadap dengan berita jenayah yang pelik-pelik. Kenapa? Crime rate makin hari makin mencanak. Tambahlah bilangan polis nibah seorang setiap satu pun, aku tak rasa ianya akan berubah. Bukan bilangan yang menjadi penentu.

Kalau anggota keselamatan ramai sekalipun, setakat mana kualiti yang ada pada mereka. Kalau dah bidang tu sendiri pun dipandang lain macam oleh masyarakat. Sekejap. Aku bukan mempertikaikan kerja kepolisan. Tapi tipulah kalau kau tak ada perasan jengkel bila nampak polis. Kau juga mungkin rasa takut ataupun cuak. Paling kurang pun kau rasa tak sedap hati. "Aduh, roadblock!" Walhal, mereka takde buat salah apa.

Bagi aku senang je. Crime rate kat Malaysia makin teruk sebab kehidupan semakin terhimpit. Segala jenis benda makin mahal. Segala jenis benda berlegar sekitar duit. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin dok di takat tu walaupun tak semua yang jadi makin miskin. Aku paling tak suka kalau ada yang cakap, "alaaa... siapa suruh tak belajar tinggi-tinggi. Kan dah miskin." Well mangkuk, tak semua orang lahir dalam keluarga yang disuap sudu perak ke mulut masing-masing.

Ikut pengamatan aku, yang selalu cakap macam tu dia tak pernah hidup susah. Susah orang kaya dengan susah orang miskin lain. Kau tak akan terbayang macam mana susahnya mereka.

Entah. Bila kena demam ni mulalah nak membebel. Fikir-fikirlah. Aku bukan politician. Tapi ini hanya pemerhatian dan pendapat aku sahaja. Yang mungkin takde nilai pun.

Bereh. Jumpa di Bukit Jalil nanti. Aku nak tengok Halim Napi pijak Zaquan sekali lagi. LOL.

p/s - housemate baru aku adalah bapak budak. Maksud aku, BAPAK BUDAK!

2009 Nov 1

Bebola

Dalam banyak-banyak penyokong kelab EPL, penyokong kelab mana paling poyo?

Mari kita tengok siapa yang kena?

Aku tak kata, kamu semua yang kata. Kan?

:)

p/s - Kelantan mara ke final lagi. Rasa mahu ulang aksi conteng-conteng seperti di Final Piala F.A. Amacam?

KOSMO! 27 April 2009

2009 Okt 26

Entri Yang Ditunggu-tunggu Oleh Fans Manchester United Kesayangan Abang Pjoe

Okey.

Ahem.

Macam susah je nak luahkan perasaan yang terbungkam dalam hati sekarang ni.

Haih.

Tapi, aku rasa sekalian kamu yang pernah atau ikuti blog milik aku ni sudah masak dengan ritual yang selalu aku lakukan setiap kali The Reds MEMALUKAN pasukan setan merah.

Jadi, untuk tidak mengecewakan kamu semua, sama ada fans Liverpool yang gagah perkasa atau pasukan loser, Man United, aku kerahkan sedikit usaha murni untuk tulis entri ni.

Game malam tadi, ada yang cakap ref berat sebelah?

Berat sebelah kot celah mana tu? Celah kangkang Vidic? LOL. Dari mula sampai pengadil tiup wisel, sebahagian besar permainan dikawal oleh Liverpool.

Malam ni, bolehlah tidur dengan tenang sambil pakai sweater Liverpool.

KAH KAH KAH KAH!

Dasar loser. Ini bukan pasal team mana yang duduk nombor berapa dalam liga. Ini tentang maruah. Kalau dah kalah tu, memang orang panggil, LOSER.

Ke ada nama lain? Vince AF dulu cakap apa? Pengalah?

LOL

Woot! Woot! Woot! 3 kali berturut-turut kalah dengan Liverpool? Loser kuasa tiga adalah sama dengan apa? Tahi? Hahaha!

p/s - esok nak pakai jersi Liverpool pergi office. Poyo sekali atau dua dalam setahun tak apa kan, nyah?! ROFL!

2009 Okt 19

Perutku Menyanyi Gembira

Semasa menulis entri ini, perut aku sedang galak memproses dan berkerja keras menghadamkan 2 pingann setengah nasi yang aku hadap sekejap tadi. Menunya agak sederhana. Ikan kembung masak merah, sayur kacang panjang bersama bilis serta ikan gelama kering yang dalam bentuk mini.

Makan masakan rumah memang feel-nya agak istimewa. Terutama bila ianya dimasak oleh orang yang aku sayang.

Err...

Hehe...

Hidup aku sekarang grafnya semakin stabil. Sudah kurang turun naik pabila bicara tentang emosi dan juga perkara bukan-bukan yang selalu kepala otak aku fikir. Mungkin, jiwa semakin tenang. Bahagia barangkali. Bila bicara tentang bahagia, ianya bukan seperti kau menelan satu paket ubat atau antibiotik yang bisa melawan kemurungan.

Ya, ujian dalam hubungan itu tetap ada. Tapi, atas usaha dan kesungguhan yang hati aku tekadkan, aku tahu semuanya ada kemungkinan yang cukup cerah. Cerahhhh sekali.

Mulai bulan depan, Ely dan Nasir (kenapa nak tutup blog, setan?) secara rasminya berpindah dari rumah. Tipulah kalau aku cakap aku tak terasa dengan ketiadaan badigol dua orang tu. Diskusi yang biasa kami gaulkan dalam perbualan harian secara otomatiknya akan berkurang. Untuk bertemu mata pula, mungkin kekerapan itu menjadi sangat rendah melainkan dua badigol itu rindu dendam pada aku.

Dulu, kami bertiga solo. Jantan-jantan yang selalu berkongsi pendapat tentang teman wanita ideal yang perlu kami perangkap. Hehe. 'Perangkap' itu tidak bermaksud atau menjurus kepada sesuatu yang negatif. 'Perangkap' itu, apa yang kami panggil sebagai sebuah perkahwinan.

'Perangkap'. Ya, aku rasa aku semakin 'terperangkap'. Mereka berdua, aku tak tahu. Tapi yang aku nampak, asyik nak berkepitttttttttt je. Miaw!

Tapi aku suka.

Bluekkk!

2009 Okt 14

Kebodohan Kita Yang Dakap

Kebodohan. Stupidity. Bagi aku, setiap arjuna dan dara yang dilamun serta hanyut bersama arus 'berahi' dalam arena romantis adalah manusia yang bodoh. Sekejap. Jangan diukur perkataan bodoh itu secara harfiah. Juga jangan 'ditimbang' kebodohan itu dengan kelulusan akademik atau setinggi mana menara gading yang kau tawan. Ini aku bicara tentang tindak tanduk serta kebodohan yang sekalian kita dukung. Tanpa akal waras dan matang kita sedar, ianya satu kebodohan yang lumrah.

Manusia boleh jadi bodoh bila bercinta. Mereka boleh bertukar 'uniform' untuk bertukar menjadi lebih romantik. Atau lebih mengambil berat. Atau dalam kes berat yang lain, mereka boleh bertukar menjadi orang lain. Sepeti mana yang biasa aku tulis sebelum ini, semua itu perlu ada limitation-nya sendiri. Parasnya hanya jasad yang punya boleh tentukan. Setiap benda atau perkara perlu ada had. Jangan lebih dan jangan kurang.

Manusia boleh menjadi bodoh membazirkan duit berpuluh ringgit untuk bercakap atau 'bergayut' selama berjam-jam lamanya. Berdiskusi tentang hal remeh seperti perihal cinta hinggalah ke masalah kewangan negara. Itu mungkin menjadi intipati perbualan selain berkongsi info tentang diri sendiri dan apa yang berlaku dalam ruang diari harian mereka.

Manusia boleh jadi bodoh bila menjadi hamba cinta. Dalam suratkhabar hari ini, ada berita tentang seorang lelaki yang sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata buah hatinya lebih sukakan orang berkulit cerah? Bodoh? Hei, kalau mahu dinilai pada kasih sayang memanglah tiada harga, tapi macam yang aku selalu cakap, setiap perkara perlu dikira pakai sama ada relevan atau tidak. Perlu ada batas dan had. Kalau ikut nafsu, habislah segala.

Akal. Kita ada akal. Allah beri kita akal untuk fikir. Sebab dengan 'benda' bernama akal yang membezakan kita dengan binatang.

Bodohkah itu?

Bodoh kalau dipandang dari segi membazir. Bodoh kalau sampai tidak cukup tidur dek berbual berjam-jam lamanya.

Tapi jika kebodohan itu dapat menghadiahkan perasaan berbunga dan bahagia, apa salahnya kita menjadi bodoh, bukan?

Orang bercinta juga bodoh bila mereka dahagakan perhatian dari pasangan mereka. Dalam perihal ini, kaum Adam dan Hawa boleh melakukan apa saja untuk mencapai objektif ulung mereka. Dari hal sebesar zarah, satu pasangan boleh bergaduh atau berperang mulut kerana mahu menegakkan benang basah masing-masing. Sebenarnya bukan kebenaran yang mereka cari, tapi keegoan. Keras kepala yang mungkin sebab dahagakan perhatian total dari teman masing-masing. Bodohkah itu?

Lelaki akan jadi bodoh bila mereka cuba memahami perempuan. Perempuan pula akan bertambah bodoh bila tidak dapat memahami lelaki.

Kesimpulannya, kedua-duanya bodoh.

Tapi, siapa yang tidak mahu menjadi bodoh, kan?

Pendek cerita, kita semua bodoh. Lainlah yang suka sontot bontot sesama jantina, kan?

Terlebih pandai pun tak boleh juga. Tak gitu? Subjektif.

p/s - beberapa hari lepas aku bersama si sepet, Ely dan Jay menonton (500) Days of Summer. Rumusan aku, semua dari kita mempunyai 'Tom' & 'Summer'. Cuma kita malas nak mengaku. Tom dan Summer, dua-duanya bodoh. Sama macam kamu semua. :P

2009 Okt 5

Ngeri Genting

Oh, Sabtu lepas buat pertama kalinya jasad dan roh jantan berusia 29 tahun ni jejakkan kakinya ke Genting Highlands. Tiada sambutan atau ritual khas yang dijalankan untuk meraikan kehadiran aku di sana. Agak kecewa. Tapi serius, naik space shot memang mengecutkan telur.

Sialan.

Thanks to you, sepet. Now im going to have a teribble nightmare. Every single night.

Oh.. wait... you will be there too, right? In my dream...

Ok.. sekarang dah tak sabar-sabar nak tidur. Bye!

Zzzzzzz...